Ahad, 13 Oktober 2013

IdolaKU di arena penulisan

 Shahnon Ahmad

                     “Cerpenis  Sosialis”

LATAR BELAKANG
Shahnon bin Ahmad dilahirkan pada 13Januari 1933 di Banggol Derdap, Sik Kedah. Beliau mendirikan rumah tangga pada tahun 1957 bersama dengan Jawaher@ Wab Fatimah bt. Hj. Wan Salleh. Hasil daripada perkahwinan tersebut beliau telah dianugerahkan 4 orang anak iaitu Norhayati, Suhaimi, Sanusi, dan Asrulsani.  Sekarang beliau telah menetap di kediaman yang beralamat 61, Cangkat Minden, Jalan 1, 11700 Gelugor, Pulau Pinang. Beliau terkenal dengan novelnya yang berjudul ‘Ranjau Sepanjang Jalan’  dan ‘Rentong’.
 HASIL-HASIL KARYA

 
 

Kumpulan Cerpen
Debu Merah
  1. "Angin Timur Angin Barat"
  2. "Tertikamnya Wakil Menteri" 
  3. "Penyambutan, Bapa, Cerpen"
  4. "Di Tengah Keluarga"
  5. "Doktor  Zaklul"
  6. "Gelingnya Terpokah"
  7. "Borang G 147"
  8. "Pak Utih"
  9. "Babi Hutan"
  10. "Nafsu"
  11. "Kekosongan"
  12. "Barang"
  13. "Nadinya Masih Berdenyut"
  14. "Jangan Beritahu Orang Lain"
  15. "Suamiku"
  16. "Kahwin Kerekot Tiga-Tiga"
  17. "Kepulangan"
  18. "Bunga Besar Punya Pasal."
Selesai Sudah
  1. "Ai"
  2. "Kalau Ibu Sampai Takah Tiga"
  3. "Igau"
  4. "Kalbu"
  5. "Lagu Kitkitkit"
  6. "Tak Keruan"
  7. "Kelapa Nan Sebatang"
  8. "Perempuan"
  9. "Mr. Proudfoot"
  10. "Tetamu Dari Kuala Lumpur"
  11.  "Moyok."
Anjing-Anjing
  1. "Ayam dan Manusia"
  2. "Malam Begitu Indah"
  3. "Siplis"
  4. "Guntur"
  5. "Dunia Tuhan Yang Indah"
  6. "Chatetan-ku"
  7. "Ombak Kechil"
  8. "Berkochak."
Novel
  1. "Rentong"
  2. "Terdedah"
  3. "Ranjau Sepanjang Jalan Bhd" 
  4. "Menteri"
  5. "Prostes"
  6. "Perdana"
  7. "Srengenge"
  8. "Sampah"
  9. "Kemelut"
  10. "Seluang Menodak Baung"
  11. "Al-Syiqaq I"
  12. "Tunggul-tunggul Gerigis"
  13. "Patriarch"
  14. "Ummi & Abang Syeikhul"
  15. "Tivi"
  16. "Ibu Adalah Pentafsir dan Sungai"
  17. "Sutan Baginda"
  18. "Stumps"
Drama
"Anak Rempang Karam di Kota"


PENGIKTIRAFAN
  1. Beliau telah memenangi hadiah RM100.00 untuk cerpen yang tersiar dalamBerita Harian dan Mastika dalam tahun-tahun 1960-an.
  2. Pada tahun 1974 pula, Shahnon memenangi Hadiah  Karya Sastera dalam bidang esei dan kritikan.
  3. Pada tahun 1975, Shahnon telah dilantik menjadi salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera. 
  4. Seterusnya, beliau memenangi Anugerah "Pejuang Sastera" oleh Perdana Menteri pada tahun 1976.
  5. Shahnon Ahmad juga dianugerahi KMN iaitu (Ksatria Mangku Negara) oleh DYMM  Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, 1977.
  6. Di samping itu juga, beliau telah diberi Darjah Kebesaran Datuk Setia Diraja Kedah yang membawa gelaran `Datuk’ daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dalam tahun 1980.
  7. Seterusnya, beliau  mendapat  gelaran ‘Sasterawan Negara’ pada tahun 1982.
  8. Selain itu juga memenangi anugerah ASEAN II Kebudayaan, Komunikasi dan Persuratan Kesusasteraan Singapura, ( 1990 ).
  9. Pada 11 September 1993 pula, Shahnon Ahmad dianugerahi gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia dan Hadiah Sastera Malaysia bidang Novel, Cerpen dan esei.


PUASA HARI ARAFAH

Assalamualaikum Sahabat FB ustazah semuanya.Esok adalah 9 Zulhijjah.Jom kita puasa sunat Arafah kerana ganjarannya sangat besar di sisi Allah.Selamat malam.
S